Tuesday 18 September 2012

Darah Yang Mengalir




Allah izinkan jin dan sekutunya bergerak bersama aliran darah di dalam tubuh badan sebagai medium kepada mereka untuk hidup serta mempengaruhi manusia.

AfterDark ada menulis bahawa jin belaan orang nusantara kebanyakannya hanya minum titisan darah dari jari tuannya sahaja. Manakala jin belaan orang eropah yang mengamalkan ilmu hitam pagan memerlukan darah dari korban yang dipersembahkan kepada mereka. Pernah dengar tentang kes-kes pembunuhan bersiri (selalunya keatas wanita) yang biasa terjadi di negara barat ?? Biasa dengar kes-kes kanak2 yang diculik lalu hilang entah kemana?? Untuk apa semua itu agaknya ya..??

Rumah-rumah pelacuran dikomersilkan hingga sebegitu rupa untuk "membiakkan" seberapa ramai anak2 luar nikah yang kemudiannya boleh saja dicucuk hidung mereka menjadi goyyim. Darah yang bagaimanakah agaknya mengalir di dalam diri anak2 tersebut?? Darah sucikah?? Jin dan sekutunya suka darah yang "kotor". Ia seumpama lebuhraya 10 lorong yang memudahkan mereka memecut kenderaan kesana-sini sesuka hati. (Sesungguhnya saya tidak bermaksud menghina orang2 yang telah terjebak dan dilahirkan dalam  keadaan sedemikian. Dengan taufik serta hidayah dari Yang Maha Esa, orang2 seperti ini boleh saja berubah menjadi hamba yang paling tulus ikhlas kepada Tuhan dalam hidup mereka).

Darah yang paling disukai oleh jin dan sekutunya sudah tentu darah yang terhasil dari perhubungan haram sesama ahli keluarga terdekat. Kita sudah biasa mendengar istilah sumbang mahram bukan?? Perkara yang Tuhan larang, itulah juga perkara yang sentiasa ingin digalakkan dan selalu dicanang-canangkan kepada manusia untuk melakukannya.


Bagaimana pula dengan kes2 buang bayi yang berleluasa dalam masyarakat melayu nusantara?? Orang melayu membuang bayi hasil dari perhubungan haram??? Pelik?? Sudah tidak pelik bukan?? Bayi berdarah melayu nusantara itu tiada signifikankah kepada pihak2 yang berkenaan?? Masakan tiada pihak yang terlalu menghidam serta sangat kehausan untuk menghirup manisnya darah jenis melayu nusantara yang sangat mahal harganya?? Berilusikah kamu dengan berani berkata2 begini..?? Secara hakikatnya memang itulah yang berlaku. Masakan bayi2 yang terbuang itu akan dibazirkan secara percuma sahaja darahnya oleh "pihak2 berkenaan".

Oleh itu, sampaikanlah pesanan penting ini  kepada adik2/kakak2/wanita2 yang sudah terlanjur. Datangilah ke rumah2 kebajikan yang sentiasa terbuka menerima mereka seadanya. Sanggup pula bersama menanggung kesusahan yang ditanggung - menjaga kandungan, melahirkan serta membesarkan bayi2 nusantara yang telah diselamatkan dari diratah oleh "pihak2 yang tidak bertanggungjawab". Ketelanjuran yang berlaku bukan menjadi tiket untuk membuang zuriat melayu nusantara sesuka hati bagi menutup malu. Realiti sebenar pembuangan bayi sehingga menyebabkan kematian adalah lebih dari yang dapat kita fikirkan. Ia lebih kepada menggalakkan lagi penjanaan tenaga negatif yang berganda serta berleluasa. Menyerahkan diri serta zuriat melayu nusantara kepada rumah2 kebajikan yg berhati mulia adalah jalan terbaik bagi menyelamat keadaan daripada menjadi lebih parah lagi. Ramai pula pasangan di luar sana terutama yang masih belum mempunyai zuriat yang sangup mengambil bayi2 tersebut, membela dan mendidik mereka agar menjadi warga yang berguna.


Maka darah yang mengalir itu bukan sahaja menyebarkan zat-zat makanan yang telah dicerna keseluruh 76 billion sel tubuh badan manusia, pada masa yang sama ia juga membawa "penumpang" yang diizinkan Tuhan bergerak didalamnya. Sebab itu kita digalakkan berpuasa sunat Isnin-Khamis agar salur darah menjadi sempit, maka lebuhraya 10 lorong bertukar pula menjadi jalan sehala sahaja. "Penumpang" terpaksa melalui jarak yang jauh untuk sampai ke sesuatu destinasi. Atau mungkin juga menemui banyak jalan yang terlalu sempit untuk dilalui atau boleh saja tersadai dihujung jalan mati. Maka terdamparlah si penumpang disitu kepenatan, kehausan dan kelaparan, tidak kesampaian dalam misi untuk mempengaruhi manusia.

Amalan puasa sunat terbaik ialah Puasa Daud (berpuasa selang sehari). Dengan asbab berpuasa yang membolehkan salur darah menjadi sempit, maka badan dan fikiran terasa "ringan", mudah pula hendak melakukan kebaikan dan dapat lebih fokus kepada tugasan seharian. "Ringan" kerana Tuhan izinkan lebuhraya 10 lorong bertukar menjadi jalan sehala yang sangat sibuk dan padat, mat rempit pun kena fikir berkali-kali untuk berlumba haram.


Orang-orang tua dan alim selalunya amat menjaga sumber makanan serta minuman mereka. Ia merujuk kepada sistem penyediaan makanan/minuman. Orang2 perempuan yang "bercuti" biasanya tidak akan terlibat dalam kerja2 di dapur. Mereka dalam keadaan "tidak bersih". Apa yang tidak bersih? Dengan kata lain mereka ada "darah kotor". Darah kotor menjadi kesukaan "mereka2 yg  berkenaan". Sehinggalah para perempuan itu kembali dalam keadaan "suci"; suci lahir dan suci batin termasuk darah mereka sudah tidak kotor lagi. Darah suci yang mengalir di dalam tubuh badan yang membolehkan mereka kembali menunaikan ibadah2 wajib. Begitu juga menjadi ingatan kepada para wanita agar mencuci "kain tuala" mereka dari "darah kotor" supaya "mereka2 yg berkenaan" tidak sewenang2nya "menikmati darah kotor yang tesisa". Adakah kita sedang memperkatakan sesuatu yang jijik sekarang...tidak sekali2 jijik, tetapi ia adalah perkara asas utama yang patut diketahui serta diambil berat oleh kita semua.

Oleh itu dalam kontek darah yang mengalir, apakah maksud sebenar halal dan suci dalam "good islamic manufacturing practice" (GIMP)?  Maka para perempuan yang "bercuti" akan dicutikan juga dari terlibat dalam kerja2 penyediaan makanan/minuman, sekiranya syarikat itu terlibat dalam industri tersebut. Begitu susah sekali SOP dalam GIMP? Islam itu indah dan mudah terutama bila kita faham maksud tersirat daripada SOP tersebut.


Adat budaya Melayu yang bertunjangkan syariat Islam sebenarnya banyak mengajar kita tatasusila penyediaan makanan/minuman yang berkait rapat dengan perjalanan darah yang mengalir. "Bismillah..." serta selawat menjadi amalan utama semasa menyediakan makanan/minuman. Doa sebelum makan sudah sebati dalam kehidupan kita. Ucapan "Alhamdulillah..." menjadi kemestian selepas setiap kali kita menghabiskan makanan/minuman. Semua ini dilakukan dengan harapan semoga makanan/minuman yang direzekikan mendapat keberkatan Tuhan, lantas dapat melancarkan darah yang mengalir untuk membawa zat makanan keseluruh sel badan. Melancarkan darah yang mengalir juga membawa maksud supaya Tuhan pelihara diri kita dari pengaruh2 oleh "penumpang" yang tidak dikehendaki. Kemudiannya zat2 akan diserap kesistem tubuh menjadi darah daging kita. Zat2 tersebut pula akan ditukarkan kepada tenaga bila diperlukan untuk membolehkan manusia melakukan aktiviti seharian.

Para wanita yang "bercuti" dibenarkan membaca doa-doa serta ayat-ayat Al Quran hafalan yang biasa mereka amalkan semasa suci dengan niat untuk berzikir. (rujuk kepada soal-jawan dalam blog Ustaz Amin). Oleh itu para perempuan yang "bercuti" tidak akan terputus terus dari amalan2 hati yang boleh mendekatkan diri mereka kepada Rasul dan Tuhan. Jadi mereka masih boleh menyediakan makanan/minuman yang halal lagi suci (zahir dan batin) kepada ahli keluarga tersayang serta orang2 yang berkenaan.

10 comments:

  1. Darah yang mengalir, itulah tanda kehidupan....

    ReplyDelete
  2. ....kehidupan pinjaman yang sering saja aku sangka adalah selamanya...

    bila darah berhenti mengalir disini, maka kehidupan telah berpindah ke dunia sebelah sana rupa2nya...

    namun darah para syuhada itu akan tetap mengalir walau roh sudah bercerai dari badan...hebatnya ciptaan Tuhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Darah' itu tetap mengalir..
      'Darah' yang tidak terkalah dikala darah lain layu dan punah silih berganti..
      'Darah' itu tetap mengalir gah dengan tunduk dan ta'zimnya..
      Menyambung generasi demi menagih janji hari kemudian..
      'Darah' itu tetap mengalir hingga zahirnya kebangkitan terakhir..tertegaknya kalimah tauhid terhampar seluruhnya tanpa ada sisa..
      'Darah' yang pernah bersumpah agong dihadapan 'Rabb'nya.......

      Delete
    2. terima kasih . diatas ingatan bahawa jasad manusia tanpa medium "darah" itu tidak akan berfungsi

      darah lah yang menjadi ejen penyatu diantara roh (nyawa) dan jasad (dibuat dari tanah - unsur karbon)

      jasad bila terhenti denyutan jantung dan darah berhenti mengalir - maka roh itu akan bercerai dari tubuh badan

      maka tinggallah jasad yang sudah mati....tetapi roh tetap hidup pergi ke alam baqa

      alam baqa...oh..alam yang kekal selama2nya

      maka alam dunia ini hanya sementara bukan...??

      maka dengan asbab darah pengikat roh dan jasad, maka jin meminta izin dari Tuhan utk boleh masuk kedalam jasad manusia melalui aliran darah

      Delete
    3. wahai insan berhati wali, terlepas pandang saya akan maksud 'darah' itu tetap mengalir

      walau seseorang individu itu sudah bercerai nyawa dari jasad (dimana darah sudah tidak lagi mengalir didlm susuk tubuhnya), namun 'darah' itu akan terus tetap mengalir di dalam tubuh generasi seterusnya

      darah-waris keturunan

      darah bergenetik 'mala'

      mala - adalah salah satu bangsa utama sebelum
      dan selepas peristiwa banjir besar Nabi Nuh AS

      darah mala - adalah salah satu darah yang Tuhan
      taqdirkan dominan kewujudannya, sudah sekian lama berhubung dengan kaum2 dari Nabi2 terdahulu

      darah mala - yang Tuhan wariskan jati diri
      serta semangat perjuangan mempertahankan
      kalimah tauhid di akhir zaman

      darah mala - keturunan yang Nabi amanahkan
      untuk meneruskan kesinambungan sunnah2 baginda
      yang mulia

      darah bergenetik 'mala'.............

      sebab itu Nabi sukakan kepada jumlah ahli
      keluarga yang besar supaya keturunan seseorang itu akan terus 'hidup' sehingga ke akhirnya

      Delete
  3. salam.

    kalau tak keberatan, jadikan perenggan di bawah ini sebagai hipotesis. saya pernah cuba memperhalusi perkara ini, tetapi tidak cukup masa untuk berbuat demikian disebabkan kekangan tuntutan kerja.

    ** selain menyesatkan manusia, ritual darah juga adalah cara licik para syaitan dan sang iblis untuk 'mengesan' garis keturunan para nabi supaya mereka (ahlul bait) lebih mudah dipantau oleh para syaitan.

    : )

    selamat memperhalusi.

    just go deeper & deeper, even deeper than what i had found

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bro,

      Sila perhalusi kisah kewafatan embah nabi Sulaiman a.s.
      ada klu besar didalam peristiwa itu.

      Delete
  4. Terima kasih Sifu CLOVER dan .

    AB (anakanda bertuah) ada memberi peringatan tentang darah-daging, serta sehidup-semati - perhubungan sangat akrab diantara manusia & qarin
    juga hubungan rapat diantara manusia & saka

    bila jasad current owner meninggal (darah sudah berhenti mengalir) maka si saka akan pergi kepada pengganti dikalangan keturunan owner tersebut - how does saka knows - dengan trace aliran darah?

    Tuhan....banyaknya ilmu2 mu yang ghaib dan sesungguhnya makhluk2mu itu memang wujud dan ada

    sdr .
    Nabi Sulaiman disedari wafat bila jasad baginda terjatuh dari kerusi dgn asbab kerusi sudah reput, barulah rakyatnya (terdiri dari jin yg asyik bekerja) sedar - jasad Nabi sudah tiada aliran darah dan roh sudah berpindah ke alam baqa

    jin dan makhluk ghaib mungkin lihat manusia yang hidup dengan mengimbas aliran darah sbgmn dlm cerita predator...??

    juga seperti dalam cerita alien versus predator yg boleh detect manusia dengan melihat aliran darah (haba - panas) yg mengalir dlm badan kita

    Allah....banyaknya ilmu2MU

    ReplyDelete
  5. Salam, saya pun nak citer sikit pengalaman saya sendiri mengenai 'darah'. 2-3 tahun yang lepas, saya sakit, agak teruk, hospital tidak dapat berbuat apa-apa. kami beralih ke perubatan alternatif, katanya saya terkena buatan orang (dari borneo dan saya di semenanjung) tapi setelah diteliti apakah sebabnya... rupanya orang sana mencari adik saya, tapi terkena pada saya kerana jin yang dihantar mencari adik saya melalui darah. Darah saya dan adik saya adalah dari darah mengalir yang sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah, banyaknya ilmu2 Tuhan yg kita tidak ketahui
      tapi ianya amat rapat dan terdapat di dalam diri kita sendiri

      jin dan makhluk2 lain juga tertakluk kepada keizinan Tuhan utk mereka berhidup dikalangan manusia

      dan medium 'mereka' adalah darah

      mekacih kerana berkongsi cerita

      Delete