Tuesday 16 October 2012

Ulangkaji ATBM - 02




 Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

Friday, August 13, 2010
Catatan Srikandi II




Angkor-KLCC

"Selepas mengkaji sebahagian kesusasteraan dan prasasti Khmer,Thai dan Mon...saya benar-benar terkedu dan hampir-hampir menitiskan air mata apabila mendapati bahawa dahulu raja-raja Melayu begitu berpengaruh dalam istana Angkor dan sejarah Kemboja.Patutlah nama 'Kemboja' itu sendiri amat dekat dengan orang Melayu" ~ Cikgu Srikandi



##-CATATAN CIKGU SRIKANDI
~Saya sendiri (Cikgu Sri) terpaksa berhempas pulas mempelajari bahasa Sanskrit bagi memahami segala gelaran raja-raja Melayu dahulukala di Indochina khususnya di Ligor (Nagara Sri Dharmaraja) dan Kemboja.
~Walaupun hanya asas dan terlampau singkat masa pembelajaran saya itu (akibat kesibukan kerja) namun itu semua sudah cukup memberikan saya kunci-kunci rahsia kehadiran darah keturunan Melayu di dalam istana Angkor.
~Bertuahnya,para sarjana Khmer yang membantu saya adalah amat jujur dengan sejarah dan tidak malu mengaku pengaruh keturunan Srivijaya (Melayu) yang mengalir dalam diri para pembina Angkor Wat.

~Nama Sailendra juga dikenali dalam kesusasteraan Indochina.Sri Ksetra di Burma adalah warisan Srivijaya,kemudian oleh dinasti Sailendra.
~Saya (Cikgu Sri) baru sahaja mencantumkan misteri Sri Ksetra di Burma yang dikatakan pernah diduduki oleh Empayar Melayu Srivijaya.Dalam Batu Bersurat Talang Tua tahun 684 masehi yang ditulis dalam bahasa Melayu Tua ada mencatatkan:

"Pada tarikh 23 Mac 684 Masehi, pada ketika itulah taman ini yang dinamakan Sriksetra dibuat di bawah pimpinan Sri Baginda Sri Jayanasa. Inilah niat baginda: Semoga yang ditanam di sini, pohon kelapa, pinang, aren, sagu, dan bermacam-macam pohon, buahnya dapat dimakan, demikian pula pokok buluh, waluh, dan pattum, dan sebagainya; dan semoga juga tanaman-tanaman lainnya dengan bendungan-bendungan dan kolam-kolamnya, dan semua amal yang beta berikan, dapat digunakan untuk kebaikan semua makhluk, yang dapat pindah tempat dan yang tidak, dan bagi mereka menjadi jalan terbaik untuk mendapatkan kebahagiaan. Jika mereka lapar waktu beristirehat atau dalam perjalanan, semoga mereka menemukan makanan serta air minum..."



##-NOTA CIKGU SRIKANDI
~Srivijaya adalah satu-satunya kerajaan yang bertindak sebagai empayar yang memiliki sistem 'federation'.
~Maksudnya semua kerajaan dan tanah di Asia Tenggara tunduk dan bernaung di bawah raja-raja Melayu Srivijaya,untuk bersama-sama menyertai perdagangan maritim yang dibuka oleh Srivijaya.
~Bukan konsep imperialisme dari Barat.
~Tetapi konsep 'perdagangan maritim' yang benar-benar memeningkan ramai sarjana Eropah bagaimana orang Melayu boleh membina empayar bukan semutlaknya di atas penguasaan tentera dan peperangan tetapi lebih kepada hegemoni perdagangan dan prestij.


~Mengapa paling effektif?
~Kerana budaya dan bahasa Malayo-Polinesian yang berkembang dari Madagaskar sehingga ke Kepulauan Pasifik, pelbagai prasasti dan batu bersurat, binaan candi-candi seperti Borobudur yang merupakan antara 'Wonders' di Asia Tenggara,catatan dan bukti dari sarjana asing,penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca sehinggalah ke hari ini (Malaysia,Indonesia,Brunei) dan penguasaan wilayah oleh kaum-kaum Malayo-Polinesian adalah bukti paling nyata kewujudan empayar ini.
~Walaupun banyak bangsa dan negara cuba menuntut hak mereka terhadap Srivijaya,namun mereka tidak mampu menafikan hakikat paling penting ini.
~Apakah hakikat itu?

BAHAWA RAJA-RAJA SRIVIJAYA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA MEREKA.



Disuatu waktu dahulu  aku hampir2 mempupuskan bahasa keramat ini dari diriku sendiri dek kerana asyik-masyuk-taksub kepada bahasa asing – bahasa inggeris, sehinggakan nak cakap dengan mak-bapak pun kena terjemah dari bahasa inggeris ke bahasa melayu – teruk bebenor kamu ni eh….

Alhamdulillah fenomena blog mistisfiles serta blog2 seumpamanya 2-3 tahun lepas telah menyelamatkan bahasaku ini, membaca artikel (yang panjang2) dalam bahasa melayu telah  melatih otakku untuk memerah seberapa banyak idea dan menuliskannya semula diruangan komen di dalam bahasa melayu…huhu

Angkor Wat dan Borobodur dibina oleh jurutera, arkitek dan jurubina orang melayu atau dari mereka yang berbahasa melayu.

Bahasa melayu – cuba tanya batu jemala sendiri………apa bahasa pertuturan diantara semua jenis orang yang ada di tanah melayu – bangla ke, cina ke, pakistan ke, jepun ke, indon ke, mendeleng ke, india ke, vietnam ke …selain dari bahasa inggeris, sudah semestinya kita berkomunikasi menggunakan bahasa melayu.

Dek kerana begitu mesranya kita dan begitu ramah tamahnya kita, maka lidah kita ni senang je dipusing2 dan diuli2 macam roti canai untuk bercakap melayu dalam pelbagai slang…bahasa melayu slang bangla, bahasa melayu slang indon, bahasa melayu slang cina, bahasa melayu slang vietnam dll versi. 

Bahasa pertuturan utama adalah bahasa melayu kerana tidak semua orang fasih dan tahu berbahasa inggeris. Jadi bahasa melayu tetap champion bukan…??

Angkor Wat (Preah Vihear) menjadi rebutan diantara Thailand dan Kemboja.
Borobodur adalah binaan candi yang terbesar di dunia.


Sesungguhnya kita tidak bermaksud mahu berbanggga dengan agama anutan orang2 mala-yu yang membinanya diwaktu itu kerana kita berbicara dalam kontek menjejaki  sejarah diri sendiri yang hilang.

Dan dengan mengetahui apa anutan para pembina Angkor Wat serta Borobodur itu juga sepatutnya menjadi satu sebab yang sangat signifikan untuk kita benar2 mensyukuri, menghargai dan membela iman dan islam yang masih tersisa di dalam diri kita.

Kenapa saya kata iman dan islam yang masih tersisa – kerana cabaran new world order itu sangat hebat, setiap detik mahu merenggut senipis kulit bawang kepercayaan kita yang masih ada  kepada Tuhan dan Nabi.


Disuatu waktu dahulu, para sahabat Nabi begitu gigih berkelana, mengembara dan membelah lautan demi menyampaikan seruan suci dari Tuhan kepada warga sriwijaya nusantara, dan di ketika ini pula kita berbicara tentang warisan iman dan islam yang masih tersisa senipis kulit bawang.
Biarlah kita bermula semula sedari nipisnya kulit bawang….itu pun terlalu berharga untuk terus dipersia.

Dari nipisnya kulit bawang itulah, mari kita cantumkan dan gabungkan semula menjadi sebuah bawang yang penuh dengan aroma wanginya iman. Biarlah aroma itu memancarkan tenaga yang dapat memedihkan mata2 yang menangis dihadapan Tuhan, memohon belas pertolongan dan pembelaan akan getirnya ujian diakhir zaman. Semoga pengorbanan para penyampai kebenaran beratus tahun dahulu tetap mekar menjadi baja tumbuh suburnya tanaman iman sebermula dari nipisnya kulit bawang tadi.


Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......

12 comments:

  1. Assalamualaikum,
    3 Artikel Dalam Jangka Pendek. Amat baik penulisannya. Tapi Artikel ni paling baik skali penghayatan dan pencantuman ilmu yg diberikan Cik Sri.

    Semoga kita semakin ke arah kegemilangan kerana Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Semalam.

    Semalam Kita Dalam Kegelapan,Esok Kita Dalam Pencahayaan Pagi. :)

    ReplyDelete
  2. as salam mala-yu sarawak...

    maaf ye...saya tukar ejaan nama awak

    sejak-dua-menjak kebelakangan ini, ada satu 'tenaga' yang begitu kuat memanggil2 untuk melihat semula ATBM

    artikel2 MO & Srikandi bukanlah bacaan biasa2
    ia sst yg diluar kebiasaan dan berlapis2 maknanya

    dulu hanya baca sekali lalu je dan bukannya faham sangat pun

    alhamdulillah ada masa terluang, baca semula artikel2 tu dan baru faham lapisan pertama....hhmm...sudah tentu ada banyak lagi ilmu2 yg tersirat

    sungguh benar bagai dikata....ilmu itu cahaya..

    ReplyDelete
  3. sdr Wangsa,

    yeah,bahasa melayu tetap champion! cayalah! gogogo...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh benar katamu itu wahai tuan puteri chantek rupawan tempawan bermata kuyu muyu....

      alhamdulillah aku masih bisa berbahasa melayu...huhu

      Delete
  4. Saudara wangsa,
    kdg diri ini tertanya mengapa bangsa mala-yu kini kurang pandai berbanding bangsa lain. Apa Silapnya? Adakah kita mmg tdk dilarang mempelajari ilmu org2 yahudi. Mataplejaran Sejarah Byk mala-yu gagal.

    Adakah mmg bagus gagal sbb sejarah yg diajar semuanya penipu belaka. Adakah Sains,Fizik,Kimia yg diktakan dicipta oleh ahli kaji fizik eropah alber einstein itu mmg patut mala-yu gagal sbb mereka menipu dgn mengatakan bhwa merekalah mencipta ilmu itu.

    Terus terang saya katakan disini, anak2 muda yg gangster dan kuat main dadah, akhlak yg buruk smkin ramai mempelajari Islam. Smbhyg mula menjadi rutin harian. Macam dah boring buat jahat. Perubahan mendadak sifat mereka ini menyebabkan saya mula ingin mengenali sejarah bangsa sendiri.Gara ter

    Dulu pernah dikatakan bahawa sarawak dan semenanjung bersatu. Berharap agar kita bersatu kembali.

    Namun hati mula terdetik membaca kisah sejarah, apabila malam Hari Raya. Tepat pukul 12 Malam, Langit disini macam dibom dgn letupan meriam buluh dan besi. Sampai pukul 3 pagi baru reda. Start terfikir adakah Bangsa Mala-yu mmg pakar membuat lela dan rentaka spt yg dikatakan oleh Blog2 Cik Sri. Dari situ baru saya tahu sifat semulajadi mala-yu yg mmg xdpt hilang. Berleter la pulak. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mala-yu sarawak.....luah kan saja.
      kita sudah biasa dileter, dipersenda, direndah2kan, dimomok2kan dgn 1001 yg buruk2 belaka.

      kali ini biar kita luahkan semua apa yg terbuku dihati.
      sifu2 maya - mo, srikandi, shahi, stalker, clover, drifter, abatasa...dan ramai lagi sudah banyak memberi input - mengetuk2 batu jemala yg masih mamai.

      sdr mala-yu sarawak, saya pasti banyak perkara yang sdr boleh kongsikan dan hendak kongsikan dengan kami semua....saya syorkan sdr menulis..sekarang ada free blogging....gunakan je kemudahan percuma yang ada...

      Delete
  5. Bangsa Mala-yu sebenar tidak pernah menganut agama Hindu... mereka menganut agama Hanif Nabi Ibrahim AS.... agama Hindu adalah yang agama Hanif yang telah disesatkan sepertimana agama Kristian yang ditelah disesatkan dari ajaran Nabi Isa AS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dgn pendapat enrike.... Malah bangsa mala-yu beragama tauhid sejak zaman Nabi Nuh a.s., Nabi Idris a.s. dan sejak zaman leluhur bangsa mala-yu yakni Ayahnda Sith a.s. (anaknda bongsu Nabi Allah Adam a.s.)
      Wallahu'alam.

      Delete
    2. ya betul.. ajaran nabi isa as hanya utk bani israel pd masa itu shj

      Delete
  6. Baru tadi melayan video national geografik ttg Angkor Wat. Pembinaannya amatlah marvelous kata org putih.

    Dari French Explorer : "One of these temples—a rival to that of Solomon, and erected by some ancient Michelangelo—might take an honourable place beside our most beautiful buildings. It is grander than anything left to us by Greece or Rome, and presents a sad contrast to the state of barbarism in which the nation is now plunged".

    Melalui gambar suryaVarman : http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/1/1f/Suryavarman_II_in_procession.jpg/800px-Suryavarman_II_in_procession.jpg

    Kita dpt lihat beliau memegang keris disebelah kanannya.

    Mll renungan hamba, Batu nisan kita seolah2 kelihatan kepala angkor wat. Maksudnya mmg begitulah seni bina org mala-yu dari kecik sampai ke besar binaannya hampir sama. Lihat benar2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sdr mala-yu sarawak

      terima kasih diatas gambar suryavarman...hhmmm penuh berseni...dgn lentok-lenggok-liok kipas, payung, keris...termasuk perhiasan2 - gelang kaki, gelang tangan, rantai, kalung, mahkota..dan berpontoh (potoh naga..???) subang pun ada ke...?? mewah sungguh orang mala-yu ni kan...

      mengenai dentuman meriam.....sdr perasan tak....setiap kali hari raya - pastinya budak2 kita tak boleh tahan nak main merecun dan pastinya ada yang terkorban tangan, jari , muka mereka.....kenapa agaknya??
      berbanding bangsa lagi satu yang main mercun juga tapi taklah kemaruk sgt seperti budak2 kita.
      juga dari kecil ...main meriam tu sudah menjadi darah-daging kita...

      jadi spt kata sdr...ia memang sudah menjadi budaya sejak zaman bersaman

      kongsikan lagi luahan rasa sdr...
      banyak puzzles yang boleh kita camtumkan bersama...

      Delete
  7. Penulis mungkin mabuk ataupun berkhayalan dalam dunia sendiri. Jgn la mengubah sejarah sesuka hati, Ini umpama meludah atas muka sendiri. Dunia tahu apa itu sejarah, yg cikgu yg tak lulus PMR nie kalau boleh nak tipu dalam malaysia boleh la. Tui

    ReplyDelete