Wednesday 14 November 2012

Ulangkaji ATBM - 16


Perkampungan orang asli

Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

Friday, August 13, 2010

##-NOTA CIKGU SRIKANDI

~Sejarah Melayu Nusantara terpecah kepada dua
~Pertamanya ialah Proto Mala yang memang sedia ada di Nusantara.Proto Mala ini memang misteri namun kehadirannya dapat dikesan dalam bahasa Melayu, tulisan Rencong dan catatan-catatan bangsa purba lain
~Siri ATBM yang mendedahkan tentang kaitan bangsa Phoenicia (Kanaan) dan Mesir Purba dengan budaya Melayu Nusantara adalah kunci kepada teka-teki ini

Rumah orang asli

~Raja Perehu dan isterinya Hati adalah keturunan Proto Mala. Apabila Nabi Ibrahim a.s tiba ke Nusantara untuk berdakwah,baginda membawa sekali budaya Phoenicia dan tulisannya sekali. Sebab itu ada tulisan Rencong
~Tulisan-tulisan Phoenicia ini digunakan untuk menuliskan ajaran Ibrahim atau Brahma dalam tradisi Avestan Purba. Dari sini muncul gaya tulisaN Brahmi, yang digunakan untuk menuliskan kitab-kitab Veda
~Kemudian Dravidian (Tamil,Telegu,Malayalam dll) mencedoknya.Kemudian barulah kaum-kaum Asia Tenggara seperti Burma,Tai dan Khmer mencedoknya.Kita juga ada versi dari Brahmi ini iaitu Kawi dan Aksara

~Nabi Ibrahim telah mengambil seorang puteri dari Nusantara sebagai isterinya.Puteri Mayang Mengurai ini punya gelaran diraja dan 'ensign' bagi dinasti diraja ini adalah lambang 'Naga' atau 'Ular Besar'.

Dari perkahwinan Nabi Ibrahim dengan Puteri Mayang Mengurai (Keturah, panggilan di Sumeria dan Judah) inilah lahirnya satu ras baru yang lebih bijak dan maju (advance) iaitu Deutro Mala


~Deutro Mala tiba dari utara semenanjung.Ketika itu Nusantara telah ada Proto Mala.Indochina ketika itu diduduki oleh Proto Mala

~Ketika itu belum wujud lagi orang Tai dan Dai-Viet.Apatah lagi Siam Sam-sam (Srikandi tersenyum kecil).Yang ada mungkin sebahagian kecil aborigine Kecinaan seperti Mon atau Pyu.Boleh juga saya katakan bahawa Deutro Mala itu dahulunya tinggal di Indochina

~Jika kita angguk-angguk geleng-geleng dengan Teori Melayu Berasal dari Palembang/Sumatera, MANA NAK CAMPAK ORANG CHAM? Orang Cham ini (dahulu menetap di pesisir pantai Vietnam dan sebahagian Kemboja) adalah benar-benar rumpun Melayu

Bahasa Cham adalah SATU BENTUK BAHASA MELAYU PURBA

~ Anda tahu asal kata 'Orang'? Ini berasal dari kata 'Uran' yang ditemui pada prasasti-prasasti Cham Kuno
~'Uran Utan' sebagai contoh adalah kata Melayu Kuno merujuk kepada "orang Hutan' dalam bentuk moden.Dari semenanjung barulah Deutro Mala ini bergerak ke pulau-pulau sekitarnya termasuk Sumatera
~Mereka bercampur dengan Proto Mala.Di Tanah Jawa tidak dinafikan telah ada suku-suku Proto Mala ini
~Percampuran Deutro Mala dan suku-suku Proto Mala di Jawa menghasilkan etnik Jawa pada hari ini.

DEUTRO MALA INILAH MERUPAKAN NENEK MOYANG KEPADA MELAYU MODEN PADA HARI INI.

~Melayu Riau,Deli,Aceh,Kedah,Kelantan,Johor,Perak,Pahang,Terengganu,Bugis dan sebagainya adalah contoh warisan Deutro Mala yang pekat Kemelayuannya


~Di Tanah Jawa terutama di wilayah tengah agak kurang 'rasa Melayunya' kerana ia adalah percampuran Deutro Mala dan Proto Mala.Jadi ada percampuran darah di sini
~Namun dengan adanya orang Sunda yang punya budaya bercampur antara Kejawaan dan Kemelayuan, menunjukkan bukti percampuran Deutro Mala dan Proto Mala di Tanah Jawa

~Namun Melayu semenanjung adalah benar-benar Deutro Mala asli.Sebab itu saya bahagikan kaum-kaum Nusantara kepada 3 bahagian:

1.Mala-Polinesia:Kaum-kaum Deutro Mala yang terbuka sifatnya dan tinggal di pesisir pantai.Profesion mereka adalah perdagangan maritim.Mereka banyak tinggal di semenanjung,Sumatera dan pulau-pulau lain.

2.Mala KeJawaan:Kaum-kaum Nusantara yang bercirikan budaya Kejawaaan dari induk di Tanah Jawa.

3.Mala aborigine:Proto Mala yang tertinggal dari arus kemajuan.Mereka masih mengamalkan carahidup dan kepercayaan lama.Mereka tidak bercampur darah dengan Deutro Mala dan terasing dari perubahan.Orang Asli,Jakun dan Dayak adalah contoh aborigine.

Orang asli muslim bersolat jemaaah

Saya amat tersentuh sekali apabila pertama kali Cikgu Srikandi mendedahkan hubungan akrab diantara orang asli serta warga melayu yang tinggal ditanah air.

Saya pernah berkunjung ke perkampungan orang asli di tapah, perak bersama rombongan sekolah. masih teringat serba sedikit bagaimana baiknya mereka meladeni kami dengan amat ramah-tamah sekali.

Sekali-sekala berkunjung ke rumah saudara di tanjung malim, kami akan melalui batu dam menelusuri banjaran titiwangsa di hulu selangor ke batangkali.
Dikaki gunung, terdapat rumah2 orang asli yang hidup aman damai melakukan aktivit seharian tanpa rasa ragu dan bimbang akan keselamatan serta kebajikan mereka.

Sesekali pergi ke rawang menaiki komuter, kita akan nampak orang2 asli ini menaiki keretapi  diantara rawang dan kuang.
Melihat kelibat mereka....bukannya orang asli tu yang 'jakun', tapi  diri ini pula yang terlebih 'jakun' dikernakan jarang melihat mereka.....

Dan sesungguhnya sewaktu belajar di ipt, saya berkesempatan menadah ilmu dari seorang pensyarah berketurunan orang asli (mendapat phd dari luar negara). 
Pensyarah itu pula berkahwin dengan seorang gadis orang asli juga yang berkerjaya professional - kalau tak salah jurutera.

Seperti nukilan Cikgu Srikandi...sesungguhnya dan sebenar2nya....bangsa malayu itu terlalu amat menyayangi adik-adik beradik aslinya sehingga diberikan segala kemudahan yang sepatutnya mereka perlukan dalam meneruskan kehidupan seharian.


Kanak2 orang asli bernasyid

Disamping itu, kita juga amat berdiplomasi kerana memberi kebebasan sepenuhnya kepada mereka utk mengamalkan cara hidup primitif 
Namun pada masa yang sama, seruan kepada agama yang benar itu selalu dilakukan kepada adik-beradik asli bila mana program2 dakwah & ziarah sering dilakukan oleh pihak2 yg berkenaan.

Adik-beradik asli ini jugalah yang sering menjadi rujukan kita mengenal khazanah hutan hujan khatulistiwan - rahsia fauna & floranya juga tinggalan negara-kota2 lama seperti piramid melayu yang sedang hangat diperkatakan itu.

Maka benar seperti yang diduga bahawa hutan tebal kita itu memang ada 'penunggu' setianya dan mereka adalah adik-beradik asli kita (tanpa kita sedari......kita yang sering saja so called terlalu sebuk mengejar kemajuan di kota2 besar)

Rupa2nya dalam hiruk-pikuk kota, asap-debu-jerebu serta hujan asid keyel, masih ada manusia2 yang tenang menjalani kehidupan harmoni  bertemankan simfoni alam, mendengar kicauan burung yang merdu, menghirup udara pagi yang segar di pinggir gunung berkabus yang sejuk airnya mengalir jernih, sejernih serta setulus mulus adik-beradik asli menjaga warisan nenek-moyang zaman-berzaman sedari dahulu-kala.



Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bagaimana agaknya permulaan kehidupan manusia di muka bumi ini (termasuklah bangsa mala-yu), menelusuri sejarah para nabi adalah perkara yang paling afdal sekali.
Ada beberapa blogger yang telah membuat catatan hasil daripada pembacaan serta kajian mereka seperti Aiz (nusanaga) dan malai-ur.

Berikut adalah pautan kepada Siri  Buaian Ketamadunan Manusia oleh malai-ur :

Gobekli Tepe Tamadun Sesudah Banjir Atlantis Dalam Kajian Nahu Saraf
Hieroglif Nabi Idris Dan Mesir Purba

Sila lawati blog nusaga untuk membaca catatan Aiz mengenai permulaan Melayu (Bangsa MIM Takkan Hilang Didunia).
Ia adalah hasil kajian Aiz daripada pembacaan pelbagai sumber bagi menyiapkan thesis akhir semasa pengajiannya di universiti.
Nusanaga


Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......

Saturday 10 November 2012

Ulangkaji ATBM - 15


Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....

Tuesday, April 12, 2011

Alter Terahsia Bangsa Melayu XX

 

##-NOTA CIKGU SRIKANDI

~Kini terdapat dua dinasti Melayu yang amat berkuasa di Asia Tenggara; Sriwijayamala dan Sailendra
~Sailendra menguasai Jawa sementara Sriwijaya menguasai semenanjung dan Sumatera
~Sriwijaya juga menguasai istana Angkor melalui Sri Dharmaraja
~Semua ini berlaku sebelum kuasa Thai dan Annam (Dai-Viet) menjadi dominan di Indochina

~Riwayat-riwayat Kemboja ada menyentuh tentang pergeseran antara dua dinasti terulung ini
~Beberapa serangan dari Jawa ada dilaporkan dalam riwayat Champa dan Kemboja untuk mengurangkan hegemoni Sriwijaya yang semakin mendominasi perdagangan laut

~Namun pada suatu hari yang bertuah itu, dua dinasti teragung ini menjalinkan tali persaudaraan
~Kenangan silam suka-duka di Segenting Kra mengimbau kembali
~Melalui perkahwinan diraja, dua dinasti pemerintah Asia Tenggara ini bergabung untuk menguasai khazanah perdagangan maritim antara India dan China; antara Timur dan Barat
     
"lamun batinah Putari Kambang Murna namanya, 
lamun lanangn Matari Singa Jaya Himat namanya.Lama
lama baranak lanang; Matari Singa Jaya
 Mat, dari ratu, lami lami bangsa Malayu..."

(Matari Singa Jaya Himat Copperplate, Palembang, Indonesia)


##-CATATAN CIKGU SRIKANDI

~Semua rahsia jika anda sanggup menjejaknya lebih jauh ke masa silam, anda akan bertemu dengan mitos puak-puak Lemuria
~Beribu-ribu tahun dahulu, sebelum pembinaan piramid di Mesir Purba, suku-suku Lemur mula bertebaran ke timur dan barat dari Lautan Pasifik selepas kenaikan aras laut menenggelamkan peradaban mereka
~Di antara suku Lemur tersebut, terdapat satu puak yang menduduki kelas pemerintahan Lemuria
~Puak-puak ini menghasilkan garis keturunan aristokrat yang memerintah Lemuria berabad lamanya

~Di dalam plat emas yang bertulisan Ibrani Kuno yang kemudiannya dijadikan objek ritual oleh kelompok Church of Mormon,tertulis nama puak pemerintah itu...

-Ma-La-




Mari saya sorot kembali apa2 yang saya ingat semasa belajar sejarah di sekolah – itupun setakat tingkat 3 sahaja
Lepas tu terus amik jurusan sains

Berlainan dengan adik saya yang mengambil aliran sastera, saya kira dia belajar sejarah melayu serta sejarah dunia dari sekolah menengah, tingkat 6 sehingga masuk uni – kenyang dia dengan pelajaran sejarah

Saya masih ingat akan kerajaan funan dan champa
Tetapi nama sriwijaya dan sailendra rasa macam agak kurang dan nampak tidak gah langsung…Ntah sape punya kerajaan pun wa tak tau…kalau disebut itu kerajaan melayu pun…..penceritaannya  masih belum cukup menyengat untuk menaikkan jati diri
Baca sekali lalu je la…demi nak lulus periksa je

Kesultanan melaka memang agak banyak la…dan disebabkan ia masih baru (dikira paling kemudian sebelum alam melayu kena robek oleh imperialis barat, maka ia diterima sebagai kerajaan melayu lama}
Namun penceritaannya  masih tiada sengat yang tidak cukup berbisa untuk menaikkan semangat jati diri

Yang paling banyak ialah cerita sejarah diera omputih datang ke alam melayu dan percubaan demi percubaan untuk menakluk satu demi satu negara-kota2 didunia sebelah sini

Maksudnya, silibus sejarah di sekolah itu lebih kepada nak memperkenalkan omputih itu sebagai imperialis yang (nampak) gah  dan hebat sehingga semua pejuang2 alam melayu dilabel sebagai pengkhianat serta penderhaka


Saya kira tiada satu pun atau amat kurang penceritaan yang boleh membina jati diri
Kalau ada pun tidak cukup sengatnya dan mungkin sudah disihir dengan ayat2 pusing-keliling…… tidak akan dapat menaikkan semangat jati diri dan bangga dengan pejuang2 zaman dahulu

Yup..sejarah adalah satu matapelajaran yang ……………….tak tau nak cakap camna….tapi camtulah…..

Walaubagaimanapun, subjek sejarah itu boleh dikira okay la sebagai pemberi input kepada puzzles yang berselerakan disana-sini

Saya harap diera langit terbuka ini, adik-kakak-abang, cikgu-cikgi, murid-pelajar, ibu-ayah, makcik-pakcik, cik-kak dan bro dapat  menggunakan kemudahan ict dengan sebaik2nya dengan mencari maklumat2 tambahan & baru, dan tidak bergantung harap sepenuhnya kepada silibus sekolah yang sudah disukat sana-sini macam pakai kain tak cukup je…..

Perpusatakaan Universiti Leiden, Belanda

Bagi saya secara peribadi, maklumat dan ilmu yang dikongsikan oleh MO dan Srikandi ini bukan calang2, bukan biasa2 dan bukan murah kosnya
Ia memang diluar sukatan subjek sejarah di sekolah, tingkat 6  pun bukan, peringkat 1st degree pun bukan….
Kalau tak adik saya tu mungkin boleh bercerita apa2 perkara yang menarik tentang sejarah mala-yu
Belajar kat uni takat 1st degree pun dah cukup sebuk untuk menghabiskan semua paper – yang penting lulus exam dan boleh grad……………..

Maklumat ini adalah di peringkat penyelidik2 uni – di peringkat phd ataupun penyelidik khas dlm kementerian tertentu seperti lonecryer

Maksudnya, kalau setakat rakyat biasa ni nak menyampai ke level mereka, memang tak tercapai pun

Melainkan anda adalah al-semantani jones atau ibnu rusdy yang sememangnya terlibat secara langsung sebagai penyelidik di universiti mahupun dikementerian


Lagipun depa2 ni kena rajin baca jurnal2 yang beratus2 jumlahnya untuk mencerna maklumat dan ilmu
Tak terdaya kita dibuatnya………………layan tv ke, layan bola ke lagi bagus…………daripada baca jurnal2 tu…..mata berpinar2…menguap dan teruss……………tido…..

Dengan kemudahan ict, sekarang blog2 sejarah dan yang sewaktu dengannya boleh dbaca secara percuma………….selagi mereka masih boleh diakses……bacalah sepuas hatimu……..cerna dan sebarkan
Dapatkan sesuatu yang bermakna lagi berharga dari maklumat2 tersebut semoga ia memberi manfaat

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna kita sudah taasub atau percaya 100% dengan semua dan segala pendedahan dari blog2 ini……………..
Amik mana2 yang boleh, proses mana2 yang dirasa perlukan maklumat lanjut
Rajin2kan diri pergi ke perpustakaan terdekat membaca bahan2 yang berkenaan
Cuti2 malaysia dan pergilah ke mana2 tempat yang boleh memberi bukti realiti seperti muzium2, tapak2 tinggalan sejarah yang boleh dilawati dll
Ziarahi tukang2 melayu dalam pelbagai bidang

http://merahsilu.blogspot.com/

Contoh terbaik ialah sdr radzi safie – namun dia tu penyelidik sepenuh masa
Sdr Radzi siap lagi menziarahi pusara2 lama, masjid2 lama serta tempat2 yang jarang atau tak pernah terfikir dek orang lain yang  boleh memberi klu2 bagi menelusuri sejarah bangsa mala-yu
Mari kita ramai2 doakan semoga anak2nya itu membesar dan dewasa menjadi anak2 bergenetik mala-yu yang benar2 memiliki jati diri yang kental dan tabah sebagaimana dia sedari kecik dah  ikut menjelajah satu nusantara mencari jejak nenek-moyang
Kita buat mana yang boleh mengikut kemampuan, masa dan komitmen  masing2

Yang penting ialah semua itu benar2 membantu kita menjadi manusia yang lebih berguna, lebih yakin kepada taqdir Tuhan dan lebih percaya dengan janji2 Tuhan

Apakah janji2 Tuhan?

Tuhan akan menggilirkan kepimpinan dunia akhir zaman kepada sekelompok hamba2Nya yang tinggal di hujung dunia, ditanah yang disinari cahaya matahari sepanjang tahun

Sama ada kita mahu percaya atau tidak, janji Tuhan itu akan tetap berlaku
Sama ada ia ditentang hebat atau cuba dinafikan, maka janji Tuhan itu tetap juga akan berlaku
Jadi lebih baik kita memilih untuk menjadi hamba yang yakin 100% dengan janjiNya itu
Yakin dengan janjiNya itu supaya ia menjadi titik-tolak perubahan diri kepada keadaan yang lebih baik dari sehari ke sehari dan seterusnya

Walau susah, walau payah, walau nampak seperti mustahil setelah kita jatuh tersembam ke jurang kelam gelap yang paling dalam akibat penangan imperialisme beratus tahun, namun kita gagahi  juga perjalanan ini kerana ia adalah kesinambungan dari perjalanan anak2 bonda keturah dari tanah kanaan mengharungi tanah, daratan,gunung-ganang, lautan samudra ganaz dari pulau ke pulau…….demi mendaulatkan seruan suci mengagungkan Tuhan Yang Esa serta NabiNya yang mulia

Semoga begitulah adanya……………………………………………

Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......

 p/s - disebabkan masalah teknikal, Ulangkaji ATBM 15 ini telah disiarkan pada '6 oct 2012' - dan saya siarkan semula supaya ia ngam dengan turutan ulangkaji ATBM yang lain

Saturday 3 November 2012

Ulangkaji ATBM - 14




Assalamualaikum Cikgu Srikandi....

Cikgu Sri, izinkan saya ulangkaji pelajaran ATBM ye..

Saya kopi-pasta nota2 penting dari lecture maya Cikgu ye....


Friday, August 13, 2010

Senjata-senjata Melayu Yang Digelapkan Dalam Sejarah



##-CATATAN CIKGU SRIKANDI

~Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani, mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang,apatah lagi meriam
~Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma.Mereka betul dari segi sejarah.

~Mengapa saya kata begitu?
~Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14, seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini


~Kerajaan-kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki  Uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.

Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?

~Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?
~Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.

~Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam, istinggar (musket) dan ubat bedil?

~Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja

~Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu……

KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.


~Inggeris walaupun buas dan kejam,namun masih menjaga 'standard' mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan
~Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu

~Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil, Hindi dan Maharaja Moghul di India
~Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles, namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah
~Pelikkan?
~Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi 'Rajah Perak' sebagaimana James Brooke menjadi Rajah Sarawak
~Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India.Tetapi ini tidak berlaku

~Bukan sahaja orang Melayu,malah 'Mat Salleh' pun berdegil 'mempertahankan' takhta raja-raja Melayu.Lucu dan aneh

Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri, orang lain pun akan segan dan hormat pada kita.

~Adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit, lembing dan keris (kesampingkan ilmu mistik,kita bercakap soal realiti)?

Tidak sama sekali

~Para musketeers dan gunners Melayu inilah antara 'penggerun' mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu,mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia



Sdr Mala-yu Sarawak ada menyebut tentang permainan ‘ganaz’ budak2 melayu terutama di musim raya
Permainan apakah itu???

Sudah tentu ia adalah……………………….mercun….
Mercun adalah pemainan budak2 dizaman multi-player on-line game seperti raknarok (game ni pun dah berzaman….)

Tetapi itu tidak menghalang mereka untuk terus ‘mencipta’ mercun aka ‘meriam’ yang lebih ‘ganaz’ – tin kosong beserta sedikit belerang…sudah cukup untuk ‘ngap’ sekurang2nya jari, atau tangan atau mata atau muka budak2 tu jika mereka tidak berhati2 serta ghalit nak tengok apa yang sedang terjadi di dalam tin kosong itu bila diledakkan belerang di dalamnya


Hhmmmmmmmmm………………budak2…..budak2…………dah tahu mercun itu akan meletup….tapi saat yang paling dinanti2 ialah ‘nak tengok’ semasa belerang itu meletup di dalam tin kosong ….

Inikah dia gen ‘semangat pahlawan semerah padi’ yang masih tersisa di dalam tubuh-badan budak2 bergenetik nusantara……….????
Pakar dalam pembuatan senjata api…??

Ok ….sebelum era langit terbuka……budak2 memang benar2 membina meriam (bukan mercun) di kawansan  rumah masing2

Saya masih teringat nostalgia dulu2…..setiap kali datangnya  bulan ramadhan….pakcik (dan makcik) saya akan membina meriam tanah
Lepas tu di malam hari …mereka akan bermain meriam….hahaha

Mereka tidak keseorangan kerana jiran2 yang lain mempunyai meriam sendiri dirumah masing2
Dulu tinggal dikampung…..setiap keluarga ada kawasan kebun yang luas… rumah di dalam kawasan kebun….jadi jarak diantara  jiran2 adalah agak jauh juga

Jadi di malam hari….masing2 akan saling berlawanan untuk mendengar meriam siapa yang paling kuat munyinya….
Munyi meriam akan saling sahut-bersahutan hinga dini hari


Pada zaman sekarang…ada sesetengah kampung yang masih meneruskan tradisi membina sebuah meriam yang agak besar mewakili kampung berkenaan ‘berlawan’ munyi dengan meriam2 dari kampung2 bersebelahan
Jadi semasa anda berjalan2 menziarahi sanak-saudara, jangan terkejut bila anda ‘terserempak’ dengan batang buluh atau mungkin juga paip air yang besar tersadai ditepi2 jalan
Itulah dia meriam kebangaan kampung berkenaan yang dimainkan sebelum hari raya

Yup….sdr mala-yu sarawak…memang benar bahawa sesungguhnya darah mala-yu itu suka dan pandai membuat dan bermain dengan meriam…………..hilang jari atau tangan pun tak apa………hari raya kat sepital pun okay juga………..dah genetik meriam tu mengalir dengan deras tanpa boleh disekat2 di seluruh tubuh badan…..nak wat camne….???

Teringat lagu hari raya oleh saloma….dam..dam..dum….munyi mercun…(dan meriam …………)…hari raya disambut hanya sekali setahun……………

Terima kasih MO & Cikgu Srikandi.......