Saturday 25 May 2013

Raja Wali

akhlak itu bunga diri


saya ingin berkongsi perkara2 berikut:

1) saya perasan bahawa kebanyakan rakan2 bangsa cina menganut agama kristian dan mereka ini alim2 belaka.  setiap hujung minggu pasti mereka akan mengadiri servis di church. mereka juga sering berbincang dan saling bertukar pendapat mengenai aktiviti church mereka. sebagai satu2nya bangsa melayu dalam organisasi itu, saya hanya berdiam diri dan menyibukkan diri dengan tugasan. bekerja dalam situasi seperti itu, yang penting ialah tidak buat hal dan semua kerja kautim.

2) walau dimana kita berada, saka sifat degil orang melayu itu kadangkala tetap mengikuti kita. apabila diri ditengking2 tidak tentu-hala dan sebarang penjelasan tidak diterima maka akan keluarlah saka ultra-melayu itu tadi. menjadi satu tabiat bangsa cina ialah bertekak hanya mahu menang saja terutamanya bila seseorang itu berpangkat. seolah2 orang lain hanya kuli batak dan tidak boleh menjawab langsung walaupun tidak bersalah. disebabkan satu isu yang saya tidak ingat, seorang pengurus operasi wanita cina telah naik angin, tanpa disangka2 saya juga naik angin dan meninggikan suara membela diri. wanita tersebut tersentak lalu memberi ingatan bahawa saya tidak boleh meninggikan suara kepadanya kerana dia adalah seorang pengurus. dan oleh kerana sakit hati agaknya, tidak semena2 terpacul dari mulutnya perkataan Malay dan Allah..saya tidak ingat apa yang dia bebelkan....... ehh...apa ke halnya engkau timbulkan isu aku melayu dan Tuhan aku Allah....kita sedang bercakap tentang kerja....

3) baru saya perasan....kemungkinan besar semasa mendengar service setiap minggu di church, sudah pasti mereka ada membincangkan tentang hal2 yang berkaitan dengan melayu dan kalimah Allah. sebab itu bila buku bertemu ruas..maka hati menjadi panas dan tanpa disedari wanita cina itu menyuarakan tentang isu melayu dan kalimah Allah yang selama ini terpendam didalam minda dan hatinya

4) orang ada berkata...melayu ni jangan diduga....kalau orang berbuat sekali jahat pada kita, kita boleh buat seribu kali lebih jahat sebagai balasan. tapi iman dan islam itu sentiasa menjadi penasihat yang paling baik agar kita tidak melampaui batas

yupp....kebanyakan dari rakan2 cina (dan india) alim2 belaka dan mereka sangat aktif dalam aktiviti keagamaan (kristian). tidak timbul rasanya isu pertelagahan diantara penganut kristian, hindu, budha mahupun atheist dikalangan mereka. dan pada kebanyakan penduduk bandar, sudah pasti mereka memakai simbol selain daripada dacing.

kita sebagai warga asal tanah bertuah ini sedar perkara2 tersebut. tetapi kita juga professional dengan terus menghormati pegangan dan pendirian mereka.

wali-wali songo


saya juga mahu berkongsi perkara2 berikut:

1) benar seperti apa yang diperkatakan oleh Umat Terakhir, walaupun orang melayu itu ramai tetapi telah menjadi sedikit. dalam situasi yang masih hangat ini, sesungguhnya kita masih perlu mengikuti pesanan orang2 tua "cakap siang pandang2, cakap malam dengar2". dan yang paling sadisnya ialah bila kita bercakap mengenai isu agama dan bangsa, nampak gayanya kita hanya boleh menyuarakannya kepada orang2 yang satu kepala dengan kita

2) dikalangan rakan2 melayu, saya masih perlu melihat profil warna bendera mereka sebelum boleh bercakap isu2 "sensitif" mengenai kelangsungan agama dan bangsa. orang melayu ni semuanya hebat2 belaka  bila berhujah hingga boleh bertekak demi mempertahankan pendapat masing2. saya seperti tiada  kebebasan  dalam membincangkan hal2 sepenting isu agama dan bangsa dikalangan bangsa sendiri. tidak seperti rakan2 warga cina/india  seperti diatas.

3) dalam apa2 isu yang berbangkit, satu pihak berkeras tetap mahu menyalahkan pihak yang lain tanpa  memberi sebarang alternatif yang lebih baik. maka pihak yang mahu berdiskusi tadi terkedu seribu bahasa dan hanya menerima hujah2 pihak tersebut dengan mata yang terkebil2. dek kerana tidak mahu bertekak......maka berdiam diri sajalah atau mencari rakan yang sewarna dengan kita (walaupun kita tidak pernah memilih warna dalam berkawan dan tidaklah ta'sub dengan mana2 warna).

4) bagaimana agaknya kita boleh berbincang dengan hati terbuka, selancar dan se-efektif rakan warga cina (kristian) jika keadaan diatas berlanjutan ?? maka tidak hairanlah warga cina (dan india) berjaya memperkuatkan perpaduan dikalangan mereka dan menyebar agama mereka dengan aggresif di tanah hujung dunia ini

wali-wali melayu

mari kita telusuri pula faktor X kedatangan agama Islam ke nusantara:

1) Tuhan datangkan islam ke nusantara dalam keadaan yang paling cantik sekali. secara amnya, seorang raja nusantara mengutus surat kepada khalifah islam yang memerintah timur tengah di waktu itu meminta agar diajar tentang agama kebenaran tersebut. pendakwah islam yang datang dengan status sebagai pedagang mempamerkan akhlak dan budi pekerti yang tinggi. maka raja nusantara yang memang terkenal dengan kekayaan, ilmu serta budaya yang tinggi terpikat dan dapat menerima agama kebenaran tersebut dengan hati yang terbuka. bila sang raja yang ditaati dan disegani menerima ajaran islam, maka rakyat jelata yang rata2 berbudaya tinggi juga dapat menerima agama kebenaran dengan fikiran yang terbuka juga

2) apakah faktor X penerimaan islam ke daerah nusantara yang dibawa oleh para pendakwah tadi?
~ akhlak dan budi bahasa yang baik
~ perawakan menarik serta penampilan yang hebat dan bermaruah
~ ilmu yang tinggi dalam menyampaikan intipati ajaran islam
~ diskusi dan perbincangan dalam mencari persefahaman
~ menjalin hubungan kekeluargaan melalui perkahwinan
~ menjadi penasihat yang jujur, berwibawa dan boleh dipercayai
~ mempunyai ilmu2 tambahan yang lain selain daripada perkara2 pokok agama seperti ilmu mempertahankan diri, ilmu perdaganggan, ilmu sosial, ilmu falak dll

3) kita bandingkan dengan situasi sekarang dalam memberi kefahaman ajaran islam kepada masyarakat oleh orang2 yang kita anggap sebagai pendakwah:
~ belum apa2 susah dilabel kafir
~ menjadi kepelikan ialah saudara seagama yang nampak macam kurang alimnya itu dibenci dan dimusuhi
~ hanya boleh berjumpa waktu pejabat sahaja
~ hal2 agama hanya tertumpu pada bidang2 tertentu sahaja seperti feqah, ianya tidak menyeluruh
~ amat kurang sekali dibincangkan tentang hal2 kerohanian seperti tasauf kerana dianggap ilmu yang tersendiri, hanya untuk orang tertentu sahaja atau ia tidak popular
~ceramah dan syarahan agama memang banyak dimasjid2 dan surau2 tetapi mungkin kurang efektif atau tidak menarik atau kadangkala tidak dapat lari dari dibayangi oleh anutan warna2 tertentu menyebabkan isi kandungan ceramah menjurus kepada aliran anutan2 tersebut. maka sesetengah orang merasa cuak untuk menghadiri nya kerana ianya tidak seperti yang diharapkan

3) maka satu perkara yang utama dan paling penting sekali untuk mengembalikan umat islam khususnya bangsa melayu menghayati ajaran islam semula ialah melalui AKHLAK yang baik. ini kerana ia adalah faktor X yang digunapakai oleh para pendakwah yang diutuskan oleh khalifah islam semasa mereka mula2 datang ke nusantara memperkenalkan iman dan islam kepada raja dan rakyatnya



4) secara amnya bangsa melayu adalah bangsa spiritual, bangsa bertamadun, bangsa yang bersopan-santun, bangsa yang berilmu, bangsa yang suka berbincang dan bangsa yang amat berdiplomasi. jadi para pendakwah seharusnya juga mempunyai ciri2 tersebut agar bangsa yang satu ini terpikat dan lembut hati untuk mempraktikan semula islam secara lebih menyeluruh dalam kehidupan seharian


5) kita berada di era zaman fitnah, zaman jahiliah kedua yang lebih hebat ujiannya, maka akhlak, kesabaran, kecekalan, ilmu, ketrampilan, wibawa, diplomasi, keterbukaan terhadap bangsa sendiri sudah semestinya pada tahap yang lebih tinggi kerana itulah faktor X yang boleh menjadi asbab untuk kita bersama2 kembali mengagungkan Tuhan dan rindu kepada Rasul dalam setiap turun naik nafas kita

3 comments:

  1. Anak harimau menyimpan 'bisa'..
    Bisa tersimpan didalam 'kuku'..
    'Kuku bisa' tersimpan rapi.

    ReplyDelete

  2. kihkihhh..."pada "akudtgdrpantek" sahaja"...kalian kenal ke siapa dia yoseph@yusuf itu???...pada aku kalian yg percaya kpd tulisan umat terakhir pasal yusuf itu, sedang ditipu bulat bulat macam taik kambing oleh "dalangnya" puak tersebut!...

    untuk memperbetulkan kembali kepercayaan kalian semua, apa yg perlu kalian lakukan ialah menterbalikkan 180 darjah kepercayaan itu, dan kalian akan dapat kepercayaan yg sebenar!...maknanya watak yg dibawa oleh yusuf itu bukanlah watak jahat tapi watak ingin memerdekakan kembali jiwa umat manusia sedunia yg sedang dijajah oleh kaum yg berfahaman "freemason/liberal" itu!!!...

    adakah watak begini dikatakan jahat???...cuma yg iri hati dan dengki sahaja dgn watak ini akan menyebarkan fitnah ke seluruh dunia dgn mengatakan si yusuf itu pembawa kejahatan kpd umat MELAYU khasnya dan umat manusia lainnya amnya!...dgn tujuan utk mengwas waskan dan menakut nakutkan hati umat MELAYU khasnya serta menghilangkan kepercayaan umat manusia kpd watak yusuf tersebut bila tiba masa kemunculannyanya nanti!...

    si penyebar fitnah ini merasa marah kpd yusuf itu kerana bukan diri dia yg dipilih TUHAN yg esa utk memikul mandat "perbendaharaan" Tuhan di muka bumi ini!...lalu dia pun membuat fitnah yg bukan bukan terhadap si yusuf tersebut selama ini!...kerana dia percaya sesiapa pun akan percaya kpd apa yg dia katakan berdasarkan kedudukan 'elit" yg dia ada itu...ditambah pula rata rata umat MELAYU langsung tidak mengenali siapakah dia orangnya yg digelar dgn nama yoseph@yusuf itu!...maka mudahlah utknya memanupulasi perasaan dan fikiran umat MELAYU khasnya di sini!...

    "tulisan ini sekadar luahan peribadi aku sahaja dan tiada bertujuan apa apa....sekiranya "salah" maka aku minta pihak empunya blog ini memadam terus tulisan aku ini dari disiarkan di halaman blog ini!...terima kaseh...heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahai saudara,

      sila rujuk artikel berikut untuk komen yg berkaitan

      Nota Panel: Namanya Yoseph

      http://umat-akhir.blogspot.com/2013/05/nota-panel-namanya-yoseph.html

      Delete