Saturday 8 June 2013

Roh Udara

sumber AB: tempat bersuluk ayahnda AB

seorang pengurus berbangsa tionghua baru pulang bercuti dari amerika syarikat. sebelum itu, dia mengambil keputusan untuk bercuti ke luar negara setelah sekian lama bergelumang dengan hiruk-pikuk, resah-gelisah, pening dan sesak nafas serta sakit jantung mengendalikan bisnes yang penuh dengan persainghan hebat serta tipu-daya kapitalis yang tidak pernah kenal erti jemu membaham siapa saja yang lemah serta kurang daya-maju.

sekembalinya ke pejabat, dia bercerita dengan penuh semangat dan rasa sangat berpuas hati kerana dapat menyegarkan semula (re-fresh) minda dan jiwanya setelah pergi menziarahi montesori yang sangat aman, damai, jauh dari kebisingan kota, tidak diganggu oleh sebarang panggilan telefon mahupun email kerana dia benar2 telah 'bercuti' dari dunia bisnesnya. tempat itu sangat cantik, udaranya segar, dia dapat bermeditasi dengan penuh penghayatan dan dari situ dia dapat caj semula tenaga baru, inspirasi baru, jiwa baru serta semua yang baru untuk dia meneruskan kehidupan mengendalikan bisnesnya dengan lebih bersemangat.

apakah intipati yang dapat kita ambil dari percutian ke montesori serta aktiviti bermeditasi oleh pengurus tionghua diatas?


Udara Yahudi 

tanpa kita sedari, setiap molekul udara yang kita sedut setiap hari sebenarnya sudah dipengaruhi dengan unsur2 zionis/jesuits. apakah unsur2 tersebut - frekuensi gelombang dari pelbagai sumber yang bergerak setiap detik di dalam medium udara. frekuensi gelombang telekomunikasi - telefon, internet, satelit yang membawa pelbagai jenis maklumat sama ada yang baik, lebih2 lagi yang tidak baik seperti mesej propaganda tanpa henti, mesej lagu2 berunsurkan ilmu hitam (black magic dan pagan), termasuk juga mesej ucapan2 / doa2 sihir (spell) yang ditujukan khas untuk mengganggu kestabilan emosi dan  minda manusia, ucapan2/doa2 sihir yang berniat jahat, doa2 dari penganut zionis/jesuits yang mahu melihat kehancuran umat Islam serta 1001 frekuensi gelombang yang membawa pelbagai jenis mesej lebih2 lagi mesej yang tidak selari dengan ajaran serta kehendak Tuhan serta Baginda Nabi Muhammad SAW.

agak2nya berapa peratuskah mesej2 frekuensi gelombang berunsurkan keislaman seperti alunan2 ayat2 Al Quran, alunan2 zikir, perbincangan/percakapan/perbualan yang bersifat baik serta berunsurkan kasih-sayang , doa2 keselamatan dll yang bergerak di dalam udara di sekeliling kita berbanding dengan mesej2 tidak menepati syariat Tuhan??

jika dilihat dengan mata kasar, maka udara yang meliputi alam semesta serta menyelubungi kehidupan seharian kita ini hanya sekadar ruang kosong sahaja.
namun, sebenarnya ruang kosong yang Tuhan ciptakan guna untuk menghiasi matrik dunia sebenarnya terdiri daripada pelbagai elemen yang zahir lagi nyata mahupun elemen yang tidak nyata. walaupun ada elemen yang tidak nyata iaitu ia tidak dapat di lihat dengan mata kasar, tetapi ia masih boleh dikesan melalui ujian2 saintifik ataupun sesetengah unsur dapat juga dilihat melalui 'mata hati'.

ruang udara merupakan medium yang Tuhan amanahkan untuk menyerap pelbagai unsur yang terapung mahupun bergerak di dalamnya. contoh; habuk, organisma2 kecil, asap, awan, titisan hujan, empeng salji (snow flake) dll.
begitu juga ruang udara merupakan habitat bagi burung. ruang udara juga dimanfaatkan oleh manusia sebagai salah satu medium pengangkutan melalui kapal terbang, helikopter, belon udara, paracut dll.

Tuhan taqdirkan bahawa frekuensi gelombang yang bergerak diruang udara tidak dapat dilihat melalui mata kasar, jika tidak, maka manusia hidup dalam kesusahan untuk melintasi serta menepis pelbagai jenis gelombang yang berselirat di sekeliling kita.

walaupun tidak dapat dilihat, namun manusia tetap akan menerima kesan sama ada dari segi zahir/fizikal atau spiritual/batin dari pergerakan gelombang2 tersebut.
frekuensi yang pelbagai merupakan suatu 'makhluk hidup' yang tersendiri, yang sering berlanggar atau terlanggar dengan tubuh badan manusia yang juga mempunyai frekuensi pergerakan sel2 badan yang tersendiri juga.

tidak dapat tidak, perlanggaran atau pertembungan dua frekuensi ini menghasilkan suatu tenaga sama ada berunsur baik atau pun sebaliknya.
tenaga berunsur baik sudah semestinya memberi kesan baik kepada tubuh badan serta jiwa manusia.
begitu juga tenaga yang berunsur tidak baik akan memberi kesan yang sebaliknya.

bila setiap hari anggota telinga kita mendengar alunan ayat2 suci Al Quran yang mempunyai frekuensi harmoni, maka tenaga yang terhasil dapat menyejukkan (soothing) jiwa. berbanding dengan anggota mata yang setiap hari terdedah dengan segala jenis mesej propaganda yang menyubur rasa kebencian sesama manusia, maka tenaga yang terhasil tanpa disedari mempengaruhi jiwa untuk bersikap prejudis terdapat orang lain yang tidak sealiran atau sefikrah dengan kita.

begitulah pengaruh besar yang dimainkan oleh makhluk Tuhan bersama UDARA.

sumber Kembara Rohani AB: tempat bersuluk Abang Rosli

Bersuluk

satu cara yang boleh dilakukan untuk re-fresh tubuh badan, minda serta jiwa dari frekuensi gelombang beranasir tidak baik ialah dengan bersuluk.

dalam erti kata lain, pengurus tionghua diatas juga sebenarnya telah pergi bersuluk kesuatu tempat yang aman  damai di amerika syarikat.

bagaimana mahu bersuluk?
apa aktiviti ketika bersuluk?

saya tidak bermaksud mahu menghuraikan bersuluk sebagaimana amalan yang dilakukan oleh pengikut tariqat2 tertentu.

semasa kecil, ibu ada memberitahu bahawa datuk saudara ada pergi bersuluk disebuah masjid. masing2 bersuluk di dalam kelambu kecil. makan minum ala kadar yang disediakan oleh qariah masjid. mereka berzikir, bersolat, membaca Al Quran serta melakukan amalan ibadah yang lain di sepanjang tempoh bersuluk selama beberapa ketika.

saya tertarik dengan tempat bersuluk Yang Mulia Ayahanda AB (Anaknda Bertuah) yang terletak di Kedah.

tempat itu sangat unik, sejuk, berudara segar dan sudah semestinya terletak jauh dari pengaruh frekuensi gelombang2 yang tidak baik yang berunsurkan zionis/jesuits.


sumber AB: batu sejadah, tempat bersuluk ayahnda AB

Udara Sufi 

mari kita bersuluk
dimana dan kemana saya akan bersuluk?
saya tidak kemana2, masih disini seperti biasa
apa akan dilakukan semasa bersuluk?
salah satu himpunan ayat kegemaran saya adalah Ayat Lima

orang tua2 ada berpesan bahawa ia adalah ayat yang 'keras' dan dikenali juga dengan nama Ayat Perang
mari kita bersama2 mengamalkan Ayat Lima dari sekarang
kita minta kepada Tuhan semoga Dia izinkan frekuensi dari alunan Ayat Lima ini bergerak dengan laju dan pantas menerobosi segenap ruang udara membawa mesej harmoni ke setiap lubuk hati manusia yang sudah sekian lama gersang kerana kurangnya kasih-sayang sesama insan

kita berniat untuk mensufikan semula ruang udara semoga setiap molekul yang disedut kedalam rongga paru2 itu membawa mesej kecintaan kepada Tuhan dan Rasulnya

ia boleh dilakukan


Ayat 1

Ayat 2

Ayat 3

Ayat 4

Ayat 5






10 comments:

  1. Assalamualaikum tuan Admin, kalu org biasa yg membaca ayat lima ada jadi apa2 tak? adakah ini sebagai tauliah atau memang boleh dia amalkan oleh sesiap saja. Terima kasih untuk jawapan nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam sdr Sya,

      saya pun orang biasa-biasa je....tak pernah dapat tauliah atau ijazah dari mana2 tok guru atau guru tariqat

      sebenarnya ayat lima ni kalau sdr perasan, memang ada dalam buku doa2 lazim yg ada gambar perempuan pakai telekung berdoa tu

      ia adalah sebahagian drpd doa2 lazim atau amalan yg memang biasa dilakukan oleh org kita sejak dari dahulu lagi

      cuma, kita generasi moden yg tak biasa dgn amalan tersebut

      baca ayat lima sebagai amalan sehingga kita biasa dan hafal dengannya
      begitu juga dgn amalan2 dan doa2 lain yg kita sudah selalu lakukan

      Tuhah jadikan setiap ayat dan doa mempunyai frekuensi harmoni tersendiri, orang dulu kata - khasiat/fadhilat
      kita mohon supaya Tuhan kurniakan kebaikan dgn asbab membaca ayat2 dan doa2 tersebut

      wallahua'lam

      Delete
  2. "Allah meneguhkan iman orang-orang yang beriman dengan perkataan yang teguh itu iaitu kalimah thoiyibah 'Lailaha illAllahu, Muhammadur Rasulullah' sewaktu hidup di dunia dan ketika kembali ke akhirat." Surah Ibrahim ayat 27.

    Sama-sama kasih Wahai Saudaraku Wangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemana saja AB n d gang mengembara nanti, doakan sekali untuk kami semua ya...doa orang yang bermusafir itu adalah sangat mustajab

      Delete
  3. Salam,

    Jika tenang wajah lautan,maka kan tenanglah lanchang yg berlayar..maka jika sebaliknya......
    Wajah lautan umpama nafas,manakala lanchang umpama roh.
    Tenanglah nafas walau dalam keadaan apa sekalipun..
    Wahai jiwa yg tenang...

    Darah dewa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lanchang bukan sebarang lanchang
      lanchang berseni berteknologi dari warisan Nabi Nuh AS

      Delete
  4. Solawat dan salam buat ninda2ku sekalian..
    ninda Muhammad s.a.w(penghulu sekalian ninda)
    ninda Sulaiman a.s.
    ninda Ilias a.s.
    ninda Tab a.s
    ninda Khaidir a.s.

    Bibarakatillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. roh2 suci nenda dan juga nur muhammad yang masih sentiasa menemani zahir cucunda2 di zaman ini, zaman yang menggigit, zaman material...menuju zaman roh yang gilang-gemilang

      Delete
  5. Rukun suluk ada 4 pekara,
    Diam,
    Kurang bercakap,
    Berlapar,
    &berjaga malam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Tuan La Taqyin diatas perkongsian 4 rukun suluk
      ia sgt berharga bagi memberi peringatan kepada jiwa yang sering saja terlupa

      Delete