Monday 23 September 2013

Tenaga Gelap "Bath Salt"


Mari kita lihat realiti kehidupan disekeliling:

-      Sehebat mana pun usaha gigih pihak keselamatan negara dalam membanteras penyeludupan najis dadah, maka  ianya setanding pula dengan usaha pihak2 yg berkenaan dalam menyebar najis dadah pelbagai jenis yang bernilai jutaan ringgit. Secanggih manapun teknologi mahupun strategi yang kita laksanakan untuk menyekat najis dadah, maka pihak yang satu lagi tidak akan pernah jemu apatah lagi berputus asa untuk membawa masuk najis dadah yang bercampur sihir itu dengan hanya satu tujuan – memusnahkah anak bangsa kita agar menjadi bangkai hidup seumpama zombi2 yang menjadi tema utama para penerbit filem tempatan masa kini – ada rupa, ada gaya namun jiwa sudah kosong, hidup sudah hilang arah tanpa tahu & sedar akan tangggungjawab kepada diri, agama, bangsa dan negara

-      Jaringan najis sihir dadah ini pula bersangkut-paut dengan gejala2 yang lain seperti  kegiatan kongsi gelap / gangsters, kelab malam, rumah urut, kelab dang-dut, gro, pelacuran, along dan aktiviti2 gelap yang lain.  Semua aktiviti tersebut amat menyumbang kepada penjanaan tenaga negatif pasif dan tenaga negatif aktif di dalam udara kehidupan masyarakat kita.  Tujuan utama mereka hanya satu – mahu mendodoikan anak bangsa misteri dengan hiburan & kemewahan new world order agar fokus dapat ditumpukan kepada kepentingan nafsu yang hanya sementara semata2


Najis dadah versi terbaru dinamakan sebagai 'bath salt'. Ia benar2 akan menjadikan seseorang penagih sebagai zombie dimana mereka akan hilang kawarasan aqal fikiran, bertukar menjadi kanibal, yang akan membaham dan memakan manusia lain disekeliling. Tiada lagi norma2 kekehidupan insan, ia ditukar kepada sifat kehaiwanan yang nantinya hanya menjadi agen suruhan zionist/jesuits sahaja.

Semua yang disebutkan diatas ada sangkut-paut dengan usaha  zionist/jesuits dalam menyebar-luaskan agenda new world order & greater Israel  keseluruh dunia. Tidak bermaksud untuk hanya cuba menyalahkan musuh (zionist/jesuits) dalam isu gejala najis dadah yang tidak berkesudahan tadi. Namun mengetahui akan usaha musuh yang tidak akan pernah berhenti untuk menyesatkan generasi kita sedikit-sebanyak dapat menyedarkan bahawa kita sebenarnya sedang berhadapan dengan sebuah ‘peperangan’ yang sangat serius, yang dapat menjejaskan bukan saja keselamatan diri fizikal  tetapi yang lebih parah lagi ialah sesungguhnya usaha jahat musuh itu amat bahaya kepada keselamatan jiwa , minda serta kepercayaan kepada Tuhan & Nabi yang dikasihi



Saya terpaksa menyebutkan perkara2 diatas apabila bersembang dengan ibu & anak saudara baru2 ini berkenaan gejala najis dadah yang nampaknya sudah melanda anak2 muda di kampung kesayangan saya. Bila berkata tentang kampung, maka secara realitinya anak2 muda itu adalah anak2 saudara-mara saya juga. 

Saya terpaksa memberi kiasan kepada ibu & anak saudara bahawa usaha musuh itu seumpama seekor ular yang amat berbisa, yang dilepaskan  kemerata tempat serta tugasnya ialah menyembur bisanya itu kepada sesiapa saja yang dijumpainya. Ular berbisa itu menyusur dan terus menyusur merapati  anak-cucu kita siang & malam, menggigit dan terus menyembur bisa bukan sekali malahan berkali2 kepada mereka sehingga generasi kita lemah longlai tidak bermaya, hilang tumpuan kepada tujuan hidup yang sebenarnya. Ular berbisa itu akan sentiasa muncul dimana2 sehingga anak-cucu kita tidak dapat lari dari sentiasa dikejar kecuali jika kita mengambil langkah peduli dengan mula menyayangi mereka, belas kasihan akan nasib mereka dan memberi doa, semangat & harapan yang tidak berbelah bagi agar mereka dapat pulang kepangkal jalan. 


Sesungguhnya usaha musuh untuk menjahanamkan anak-cucu kita itu adalah benar dengan gejala najis dadah yang sudah dicampur dengan sihir. Maka menjadi kewajipan kita pula untuk menjaga mereka dengan sebenar2nya pula dengan menguatkan keyakinan & kepercayaan kepada Tuhan & RasulNya.



5 comments:

  1. teringat cerita resident evil pulak bila baca entry kali nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita hollywood - walaupun 'hanya' cerita tapi ia merupakan suatu manifestasi keinginan para penyembah dajjal melalui agen mereka zionist/jesuits utk menyesatkan manusia

      cth: pertama kali tengok cerita predator - ok je - best
      dua kali tengok - ok ...macam tu rupanya

      baru2 ni tengok lagi....ohh...macam ni rupanya dajjal mahu menggambarkan dirinya melalui filem - sehingga manusia walaupun menggunakan senjata canggih, tapi masih takutkan ancaman predator aka dajjal - sehingga manusia lupa langsung akan kewujudan Tuhan

      Delete
  2. Sebagaiman kisah critera si azazil dihadapan Allah..
    bagaimana sumpah agong yang telah dilafazkan antara dia dan dijawab oleh rabbnya.

    "lu mau bikin..lu bikin.lu mau try..itu luu punya apasal..gua tada hal punya,kecuali kepada hamba2 yang gua limpahkan rahmat dan kasih sayang gua..itu luu guarantee tak mampu punya."

    *pd ahli syariat,pahamkan dlm2 dgn hati perut lu.jgn terus main jatuh hukum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iman yang senipis kulit bawang inilah yang perlu kita pertahankan
      sirami ia dengan kasih-sayang

      iman senipis kulit bawang inilah yang selalu datang dan pergi
      mencari kekuatan diri
      yang kadangkala okay
      tapi pada kebanyakan masa - selalu terbabas kesana-sini

      yup....kepada 'ahli syariat' - berilah sokongan, bimbingan dan doa yang perpanjangan & tidak berbelah bagi kepada saudara2mu ini - semoga iman senipis kulit bawang akan terus subur berkembang makmur harum mewangi menghiasi diri

      Delete
  3. Skali gua rock bukak tauhid zat daa.. Wangsa tutur kata yg sangat zuhud,

    ReplyDelete